Labels

Wednesday, October 31, 2012

petua membuang angin didalam badan



Assalamualaikum w.b.t. saya pasti ramai dikalangan kita mempunyai masalah ini...termasuk juga saya.kadang2 sampai pening dan sakit kepala yang teramat sangat....saya terjumpa beberapa petua yang ingin saya kongsikan..


Di antara petua yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan angin berlebihan dalam usus ini ialah:

1. Banyak minum air supaya ruang tersebut diganti oleh air bukannya angin.
2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak terdapat dalam pasaran bagi mengeluarkan angin dengan cara kentut dan sendawa besar.

selain itu juga kita boleh memilih
 1) makanan yang berasaskan halia..ada yang mengatakan kacang juga boleh menghilangkan angin didalam badan..tapi bagi saya ianya tidak berkesan kerana menambahkan lagi angin yang ada seterusnya akan sakit kepala yang amat sangat...
2)makan sayuran brokoli, kobis, taugeh, asparagus, bawang
3)pear, epal, pic,bijirin
4)Jus buah
5)produk berasaskan susu dan keju
6)produk yang mengandungi laktus: roti , sos salad

berkesan atau tidak kita serahkan kepada Allah s.w.t... yang pasti kita usaha dulu :) selamat mencuba

No comments: