Labels

Tuesday, October 30, 2012

surat hatiku selepas bergelar isteri

Assalamualaikum w.b.t.. ya saya sudah berkahwin.. :) sudah 9 bulan saya berkahwin... alhamdulillah makin tenang kerana ditemani oleh insan tersayang..  macam2 pahit, manis diharungi sama2..Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat memahami dan semakin kuat keyakinan saya kepada Allah, bahawa tiap yang terjadi pasti ada hikmahnya....saya sentiasa berpegang pada kata2 "berkahwin bukan lah hanya untuk berseronok semata2, tetapi untuk mengharungi cabaran hidup bersama2 dan semakin mendekatkan diri kepada Allah"

Tiap kali dugaan datang cepat2lah istighfar dan mengharungi dugaan itu dengan sebaik2nya.. tiap kali saya ingin mengeluh, cepat2 saya teringat akan janji Allah bahawa Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan itu diluar kemampuan manusia... semakin diduga tandanya Allah amat sayang akan kita... alhamdulillah....

Bersyukur yang amat sangat kerana dianugerahkan suami yang cukup sempurna dimata kasar saya dan di mata hati saya.....mempunyai suami yang pandai memujuk diri ini dikala sedih dengan dugaan yang menimpa membuatkan saya kuat dan cuba mengharungi segalanya dengan redha... saya juga yakin segala2nya akan manis diakhir nanti...

~saya ingin hidup bahagia bersamamu dan bertemumu di Jannah. Pimpinlah daku didunia ini,agar kita sama2 menuju kejalan yang diredhai oleh Allah.. Insyaallah~






10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan


Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin



Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama.

Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  4. Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  6. Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  8. Tisu kena banyak…
  9. Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  10. Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  12. Kain selimut baby-waktu malam
  13. Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  14. Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  15. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  16. Susu formula sebab biasanya hari pertama n kedua, susu badan x kuar banyak.so baby lapar..bagi lah dia susu formula utk alas perut sementara susu badan banyak. ( Peringatan : kalau boleh sentiasa bagi susu badan, susu badan adalah yang terbaik Allah kurniakan sehingga baby umur 6 bulan , rujuk artikel setitis susu ibu anugerah tak ternilai..)
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  22. Mandian, losen., syampu,bedak..
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu

Untuk mak baby:
  1. Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin’
  4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  6. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  7. Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  8. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  9. Bengkung…utk kempiskan balik perut


Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..


Sumber :Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin

anak anugerah tuhan

Assalamualaikum w.b.t. Anak...ya..adalah merupakan anugerah dari tuhan.. tajuk ini terlintas difikiran saya apabila melihat rancangan selami jiwa yang dihos kan oleh dr fadhilah kamsah..pada hari itu, mereka membincangkan mengenai 'Apa Salah Kami'. Ia adalah mengenai anak2 yang terbiar dan sebagainya..

Saya terfikir, bagaimana mereka tergamak membuang anak??tidak ada sedikit rasa sayang atau kasihankah kepada sikecil itu?? Ingin menangis hati ini apabila melihat didada2 akhbar banyak kisah mengenai pembuangan bayi, bunuh dan macam2 lagi...

Syukurlah bagi kalian kerana telah dikurniakan anak sebagai penyeri hidup.. ya..mungkin ada yang melakukannya kerana atas kesalahan anda yang lepas, ataupun kesalahan orang lain yang dilakukan keatas anda, tapi..fikirlah..anak itu tidak ada apa2 salah...anak itu tidak tahu apa2..dan anak itu tidak berdosa...
Peliharalah anak itu dengan sebaiknya...Sedarkah anda..ada yang menangis kerana tidak dikurniakan anak lagi...sedarkah anda kerana ada diantara kita yang sukar untuk memperolehi anak??

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..insyaallah...fikir2lah..mungkin anak itu lah penyelamat kamu di akhirat nanti..mungkin anak itu lah merupakan anak yang soleh, yang akan mendoakan anda kelak...

sayangilah mereka...

gambar hiasan