Labels

Showing posts with label petua dan tips. Show all posts
Showing posts with label petua dan tips. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

didik anak sejak dari kandungan

salam.. nak didik anak, kene didik sejak dalam kandungan lagi kan?? jadi apa kata kita banyakkan mendengar ceramah tak kira lah dari mana2 penceramah..yang penting ilmunya :) masa kita tengah dengar ceramah tu, ada yang turut mendengar..sapeee?? anak dalam perut kita..hehehehe..sambil kita dengar ceramah, kita usap2 perut..dan kata yang baik2 pada anak kita. contoh: kalau ceramah tu tengah menegur mengenai kesalahan yang sering dilakukan oleh orang Islam..kita pun bagitahu lah pada anak kita dalam perut tu.. " jangan buat macam tu ye, tak baik nanti Allah marah :D "...

Selain tu kita juga boleh perbanyakkan mendengar ayat2 suci al quran ..( bukan dengar saja..ada masa kene baca jugak ye!) kita dengarkan benda2 yang baik pada anak kita dalam perut.. :) kalau nak tidur tu, apa kata suami dodoikan isteri dengan anak dalam perut dengan ayat quran... alaaaa..korban la sikit..tunggu isteri tidur dulu xsalahkan :) baca surah al mulk pun tak apa :)

nak tajamkan fikiran anak dan kita sendiri?? apa kata kita cuba hafal surah2..surah pendek pun jadi la.. kita biasakan hafal menghafal ni...dulu suami yang start dulu hafal2 surah ni...masa tu saya tonggang terbalik lagi..terbaring je..arghhh tak larat!! dah sihat jangan bagi alasan tak larat lagi ye!! hehehehe

HAAA!!! yang ni penting...selalu memberi salam kepada anak sejak dalam kandungan lagi...ini apa yang saya tengok dekat taska..ada seorang kanak-kanak ni namanya raihana... baru 6 bulan..tapi baik sangat!! saya tengok dia sangat sejuk hati..baik..selalu senyum..tak buat kerenah..diam...kalau menangis pun nak tidur je! sangat baik,,, apa yang saya perhati..setiap kali umi nya nak ambil raihana waktu petang, umi nya akan bagi salam dulu sebelum menyebut nama raihana "Assalamualaikum raihana.. : "  selepas raihana mendengar salam dari umi nya, raihana terus senyum... Allah... sejuknya hati :') :') yang baik kita jadikan teladan..betulkan???

selain tu kita cuba perbanyakkan sedekah... walaupun duit kita tak banyak mana.. tapi yakin dengan kuasa sedekah tu... (lagi sedekah, lagi kaya!) kenapa nak kedekut?? takkan miskin kalau bersedekah percayalah...

Cuba jaga percakapan,( kadang2 terlepas juga :p ) tapi bila terlepas atau tak sengaja, cuba usap perut dan cakap pada anak, itu salah dan jauhkan kata2 macam tu.. begitu juga kalau kita ternampak sesuatu tak elok, kita cakap pada anak kita, perbuata macam tu salah dan Allah marah! :) itu lah ayat2 yang selalu saya cakap pada murid2 di tadika.. " tak boleh buat macam tu, Allah marah.kalau Allah marah nanti masuk neraka" lepas saya cakap macam tu, murid2 tu berhenti dan tak buat lagi.. jadi??? apa salahnye kita amalkan sejak awal lagi, sejak dalam perut kan??

semua yang saya cakap diatas ni bukan ibu je tau yang kene buat...si ayahnya pun rajin2 la ye :) dan paling penting untuk si ayah, apa kata cuba ringankan kaki ke surau :) apa salahnya kan?nanti jadi kebiasaan kepada anak dan bila anak dah besar, selalu tengok ayahnya ke surau maka secara tak langsung anak pun senang nak pergi surau :)

semua yang saya tulis ni bukan terhenti setakat anak didalam kandungan..kita cuba teruskan sehinggalah anak kita besar..insyaallah anak kita membesar dalam suasana yang baik :)
apa kata kita penuhkan laptop dan hp dgn surah2 :)


ini antara cd2 ceramah saya

kalau tak nak beli cd, boleh je search kat youtube atau paling bagus dengar di surau/atau masjid :)

#sama2 kita amalkan :D





Thursday, May 8, 2014

baru update setting date and time dekat blog!

salam... adoi laaa...ape la pelik sangat, selama ni nak cari setting utk date ngn time xpernah nak jumpa...kalau jumpa pun xjumpe2 yang kuala lumpur punya.. xtau la kenapa...hahahahahaha...selama ni blogku ini ikut jam negara mana ntah!! alahai... :D :D

selame ni xpernah kisah..asal dapat menaip udah lerrr kann..tapi sekarang baru terbukak hati, penting time ngn date ni!!! boleh wat rujukan..hohoho (over lak)

selama ni dok menari2 tang sini..tapi xjumpe2 yang kuala lumpur tu... senang je...kena sabar dalam scroll tu..uolss jgn jadi mcm saya ni, menggelabah je laa.. :D  ok.. pergi je dekat setting, klik language and formatting, pastu uolss betulkan dekat time zone tu, pilih la yang kuala lumpur k..jangan berangan macam saya ni gi jelajah negara lain.hahaaha... jadi lepas tu automatik la yg lain ikut waktu kita...kalau nak setting yg bawah2 tu pn ok..ikut la masing2 nak cane kan :)


# over dah bertahun guna, baru nak setting..hik3

Sunday, February 17, 2013

petua sedapkan cekodok

Assalamualaikum w.b.t  mesti ada yang ketawakan..cekodok pun nak tulis...haa..ketawa la puas2.hahahaha..  saya nak bagitahu walaupun semua dah tahu...letak nasi dalam bancuhan cekodok adalah salah satu sebab kenapa cekodok tu sedap!!!tak percaya?? cuba lah buat!!nyummm2! sangat sedap..lembut..berkrim..


Wednesday, February 13, 2013

cara hilangkan sakit gigi kedua

Assalamualaikum w.b.t.. ada yang kata, letak bawang putih dalam gigi tak busuk ke mulut..hehehehe..

jangan risau kawan2..ada lagi 1 cara...letak garam dalam lubang gigi tu..automatik hilang sakit..dia macam kena bius pun ya..terus hilang sakit..rasa kebas2,,hehehe...itu la cara terbaik bila nak keluar rumah...yela kalau makan bawang kene tutup2 mulut pula kalau nak bersembang dengan orang lain kan :)..

saya sarankan letak terus garam pada lubang gigi tu..sebab kalau kumur2 guna air garam..lidah yang rasa lebih masin tu :D

SeLaMat MeNcUba!

cara hilangkan sakit gigi

Assalamualaikum w.b.t.. ini sambungan dari tajuk yang sebelum ni mengenai gigi saya :D

saya mahu berkongsi 1 petua yang sangat2 mujarab untuk anda semua.. hari ni sakit gigi menyerang dengan mengganas sampai satu kerja pun tak boleh buat... mesej suami, dia suruh saya tumbuk bawang putih..letak dalam lubang gigi saya tu..pada mulanya saya tak nak..yelah..macam mana tu letak bawang dlm gigi..huhuhu..

tapi makin lama makin sakit gigi ni...bersangkut paut dengan gigi lain..dengan telinga..kepala..tak boleh jadi ni..saya pergi dapur, dan tumbuk lah seulas bawang putih..saya ambil sedikit je..letak dalam lubang gigi..zappppp...sakit tu hilang!! wah!! hilang!!! saya sumbat rapat2..penuh dalam lubang gigi tu...memang berkesan lah..jadi sementara tunggu untuk cabut gigi ni...bawang la jadi peneman! BAWANG PUTIH tau! saya biarkan saja dalam lubang gigi tu..kadang2 kacip gigi bagi bawang tu rapat2 :D..

mungkin sbb bawang tu ade sifat pedih sikit2 kot..sebab tu die lawan sakit tu..agaknye la :D


ini antara khasiat lain bawang putih




1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.




pssss:mujur la saya suka makan bawang..tak ada masalah letak bawang banyak2 dalam gigi :D



Sunday, February 10, 2013

saya suka bermadu!

Assalamualaikum w.b.t :D. lama juga tak buka blog ni..macam mana dengan tajuk diatas ni??  :)

Jangan marah kalau apa yang saya nak cerita ni tak sama dengan apa yang anda fikir kan..hihihihi..
alkisahnya..saya nak kongsikan kebaikan madu kepada kita.hik3.... madu..alaa..madu lebah tu..

haa ini la madu lebah.. :D

banyak kebaikan madu..dari kecil memang arwah ayah dah buat pemaksaan untuk makan madu ni...kenapa saya ckp pemaksaan??sebab dari kecil saya sangat tak suka manis!! (bila dah besar suka pulak :D) tak kira lah apa jenis makanan yang manis..saya akan jauhkan diri..kurma,kismis,kuih2 manis..saya tolak tepi...:D dah besar, saya makan semua tu..sebab ayah ada keluarkan 1 ayat (siapa tak makan kurma atau madu, dia bodoh..hihi)

tapi sekarang tiap kali saya beli madu..saya tak akan makan macam itu saja..sebab??saya rasa macam dia campur gula dalam madu tu..sampai hati mereka2 tu..kalau jual biar la jujur..sedih tau..kalau kita dapat kencing manis macam mana????dulu pernah saya beli siap ada sarang lebah tu sekali dalam botol tu.. kita pun apa lagi, set dalam minda..wah, original ni.. kita pun makan la hari2...tiap pagi makan...sampai lah ayah saya cuba madu saya tu,..nak tau apa ayah kata?? "ish3...gula ni! rasa gula kuat!" sejak hari tu, memang saya tak makan madu..pasal apa??saya tak pandai bezakan yang original atau pun tak..saya kalau beli, saya buat untuk masakan, sapu ke muka dan sapu ke bibir...itu saja..

macam ni lah.. rupanya..


kalau tak original?? boleh kesapu kemuka?? bibir?? jawapannya mestilah boleh! sebab air gula pun ada khasiat untuk kulit! :D..kalau sapu madu dekat muka, kulit jadi lembut, kalau sapu kat bibir pula, bibir jadi merah sikit :D

ini antara khasiat2 madu lebah :)


A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.





Sunday, November 4, 2012

Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan


Assalamualaikum w.b.t...dikalangan kita tak kira muda atau tua mesti ramai yang ada masalah ni..disini ada sedikit tips2 utk elakkan kita mudah lupa...walaupun ada diantaranya saya masih makan dan sangat suka...antaranya kepala ikan..bawang besar (sangat suka),organ dalaman ayam(sekarang sudah kurangkan kuantiti makan) ok tips2nya adalah:

>Kurangkan makan bawang besar
>Kurangkan makan berempah
>Kurangkan makan ketumbar kering
>Kurangkan menonton hiburan
>Kurangkan membaca majalah hiburan
>Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
>Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
>Kurangkan makan organ dalaman ayam
>Jangan makan kepala ikan
>Jangan minum air yang ada semut
>Jangan tidur selepas subuh
>Jangan tidur selepas asar
>Jangan tidur selepas makan
>Jangan makan terlalu kenyang
>Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
>Jangan menyapu rumah pada waktu malam (erkk...xtau la ape kaitannye kan -,-)
>Jangan makan yang masam-masam berlebihan
>Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
>Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan

>Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
>Selalu makan makanan yang panas-panas
>Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
>Selalu minum air masak
>Selalu makan ulam-ulam
>Selalu mengamalkan pandangan hijau
>Selalu bersenam
>Selalu menggunakan imaginasi otak
>Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
>Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
>Jangan ego
>Jangan dengki pada orang lain
>Jangan makan dari sumber yang tidak halal
>Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
>Jangan makan makanan yang ada pewarna
>Jangan makan makanan yang ada pengawet
>Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
>Jangan mandi selepas 9.00 malam

Saturday, November 3, 2012

maaf,terpaksa curang

Assalamualaikum w.b.t ...sejak sekolah dulu memang pengguna setia safi...sampai la masuk U...bila dah besar sikit mula la nak guna yang mahal sikit..makanya gunalah tia amelia...mmg puas hati..double2 puas hati...tapi lama2 muka teruk...cerah tpi ade masalah sampingan lain..jeragat, tak tahan matahari...lepas tu..guna balik safi..mungkin sebab dah curang dengannya, safi merajuk..muka dah xserasi...berminyak...stop guna safi tapi pakai safi rania...mula2 ok..tapi lama2, baru perasan xok rupanya....jerawat naik dengan mengganas...tak pernah ada jerawat yang suka kt muka ni....rupa2nya ada kulit yang xsesuai dengan emas...

   Start dari situ mula cari vitamin c dan tuka pencuci muka...pakai simplysiti warna hijau :D..bukan utk mencerahkan kulit..lebih kepada utk kesihatan kulit..hehhe..mmg puas hati....sangat2...opsss..ada satu lagi cocoa collagen juga xle tinggal ye.. :).. sekarang lega sikit, sebab keluar pun tak pakai bedak, krim atau ape2...bebas dari bahan kimia muka ni..lagi lah muka ni bersih bila benda asing tak duduk kt muka kita..original itu indah :)
makanya, safi dah letak jauh2...

                                                                              klik sini



dua2 sangat bagus...ambil salah satu saja pun dah ok.. :) yang vitamin saya guna yang 1000mg..jerawat pun xsuke kat kulit kite :D


kalau nak jugak bole la msj kt 0139723467 atau inbok di klik sini









tips hilangkan sakit kepala

Assalamualaikum w.b.t...mesti semua orang pernah sakit kepala kan :) tak kira la sakit kepala sebab stress ke..saje suke2 sakit kepala ke :) disini ada beberepa tips yang boleh sama2 kita amalkan untuk hilangkan sakit kepala :D


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala (yang selalu saya lakukan)
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur (yang saya selalu lakukan)
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. 
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni 

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. 
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. 
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan. 
- Duduk dan luruskan kaki. 
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

seorang nenek pernah bagi petua pada saya, dia kata kalau sakit kepala, tarik nafas..kemudian tunduk sambil pejam mata...katanya udara/darah tak cukup dikepala :D



#yang paling berkesan kalau suami usap kepala semasa kepala sakit, serta merta sakit hilang

Selamat mencuba!

Wednesday, October 31, 2012

petua membuang angin didalam badan



Assalamualaikum w.b.t. saya pasti ramai dikalangan kita mempunyai masalah ini...termasuk juga saya.kadang2 sampai pening dan sakit kepala yang teramat sangat....saya terjumpa beberapa petua yang ingin saya kongsikan..


Di antara petua yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan angin berlebihan dalam usus ini ialah:

1. Banyak minum air supaya ruang tersebut diganti oleh air bukannya angin.
2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak terdapat dalam pasaran bagi mengeluarkan angin dengan cara kentut dan sendawa besar.

selain itu juga kita boleh memilih
 1) makanan yang berasaskan halia..ada yang mengatakan kacang juga boleh menghilangkan angin didalam badan..tapi bagi saya ianya tidak berkesan kerana menambahkan lagi angin yang ada seterusnya akan sakit kepala yang amat sangat...
2)makan sayuran brokoli, kobis, taugeh, asparagus, bawang
3)pear, epal, pic,bijirin
4)Jus buah
5)produk berasaskan susu dan keju
6)produk yang mengandungi laktus: roti , sos salad

berkesan atau tidak kita serahkan kepada Allah s.w.t... yang pasti kita usaha dulu :) selamat mencuba

Tuesday, October 30, 2012

10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan


Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin



Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama.

Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  4. Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  6. Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  8. Tisu kena banyak…
  9. Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  10. Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  12. Kain selimut baby-waktu malam
  13. Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  14. Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  15. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  16. Susu formula sebab biasanya hari pertama n kedua, susu badan x kuar banyak.so baby lapar..bagi lah dia susu formula utk alas perut sementara susu badan banyak. ( Peringatan : kalau boleh sentiasa bagi susu badan, susu badan adalah yang terbaik Allah kurniakan sehingga baby umur 6 bulan , rujuk artikel setitis susu ibu anugerah tak ternilai..)
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  22. Mandian, losen., syampu,bedak..
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu

Untuk mak baby:
  1. Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin’
  4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  6. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  7. Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  8. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  9. Bengkung…utk kempiskan balik perut


Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..


Sumber :Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin