Assalamualaikum w.b.t.. ini sambungan dari tajuk yang sebelum ni mengenai gigi saya :D
saya mahu berkongsi 1 petua yang sangat2 mujarab untuk anda semua.. hari ni sakit gigi menyerang dengan mengganas sampai satu kerja pun tak boleh buat... mesej suami, dia suruh saya tumbuk bawang putih..letak dalam lubang gigi saya tu..pada mulanya saya tak nak..yelah..macam mana tu letak bawang dlm gigi..huhuhu..
tapi makin lama makin sakit gigi ni...bersangkut paut dengan gigi lain..dengan telinga..kepala..tak boleh jadi ni..saya pergi dapur, dan tumbuk lah seulas bawang putih..saya ambil sedikit je..letak dalam lubang gigi..zappppp...sakit tu hilang!! wah!! hilang!!! saya sumbat rapat2..penuh dalam lubang gigi tu...memang berkesan lah..jadi sementara tunggu untuk cabut gigi ni...bawang la jadi peneman! BAWANG PUTIH tau! saya biarkan saja dalam lubang gigi tu..kadang2 kacip gigi bagi bawang tu rapat2 :D..
mungkin sbb bawang tu ade sifat pedih sikit2 kot..sebab tu die lawan sakit tu..agaknye la :D
ini antara khasiat lain bawang putih
1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
pssss:mujur la saya suka makan bawang..tak ada masalah letak bawang banyak2 dalam gigi :D
No comments:
Post a Comment