Labels

Saturday, November 3, 2012

maaf,terpaksa curang

Assalamualaikum w.b.t ...sejak sekolah dulu memang pengguna setia safi...sampai la masuk U...bila dah besar sikit mula la nak guna yang mahal sikit..makanya gunalah tia amelia...mmg puas hati..double2 puas hati...tapi lama2 muka teruk...cerah tpi ade masalah sampingan lain..jeragat, tak tahan matahari...lepas tu..guna balik safi..mungkin sebab dah curang dengannya, safi merajuk..muka dah xserasi...berminyak...stop guna safi tapi pakai safi rania...mula2 ok..tapi lama2, baru perasan xok rupanya....jerawat naik dengan mengganas...tak pernah ada jerawat yang suka kt muka ni....rupa2nya ada kulit yang xsesuai dengan emas...

   Start dari situ mula cari vitamin c dan tuka pencuci muka...pakai simplysiti warna hijau :D..bukan utk mencerahkan kulit..lebih kepada utk kesihatan kulit..hehhe..mmg puas hati....sangat2...opsss..ada satu lagi cocoa collagen juga xle tinggal ye.. :).. sekarang lega sikit, sebab keluar pun tak pakai bedak, krim atau ape2...bebas dari bahan kimia muka ni..lagi lah muka ni bersih bila benda asing tak duduk kt muka kita..original itu indah :)
makanya, safi dah letak jauh2...

                                                                              klik sini



dua2 sangat bagus...ambil salah satu saja pun dah ok.. :) yang vitamin saya guna yang 1000mg..jerawat pun xsuke kat kulit kite :D


kalau nak jugak bole la msj kt 0139723467 atau inbok di klik sini









tips hilangkan sakit kepala

Assalamualaikum w.b.t...mesti semua orang pernah sakit kepala kan :) tak kira la sakit kepala sebab stress ke..saje suke2 sakit kepala ke :) disini ada beberepa tips yang boleh sama2 kita amalkan untuk hilangkan sakit kepala :D


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala (yang selalu saya lakukan)
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur (yang saya selalu lakukan)
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. 
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni 

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. 
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. 
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan. 
- Duduk dan luruskan kaki. 
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

seorang nenek pernah bagi petua pada saya, dia kata kalau sakit kepala, tarik nafas..kemudian tunduk sambil pejam mata...katanya udara/darah tak cukup dikepala :D



#yang paling berkesan kalau suami usap kepala semasa kepala sakit, serta merta sakit hilang

Selamat mencuba!

Thursday, November 1, 2012

kata2 cintamu yang pertama

Assalamualaikum w.b.t.. video dibawah ini hanya beberapa minit untuk ditonton..tetapi untuk menyiapkannya amat mengambil masa yang lama...8x baru berjaya siapkan..sebelum2nya terdapat masalah2 movie maker blur...not responding..internet masalah.. :(..akhirnya siap juga, walaupun ianya tidak seberapa...gambar yang ada sedikit kerana tidak semua boleh dikeluarkan..minta maaf :)






Semoga hubungan kita diredhai dan dirahmati Allah s.w.t..amin...





Wednesday, October 31, 2012

cocoa collagen murah & original

Assalamualaikum w.b.t... sempena hari raya aidiladha ini (harap tak tlambat), bulan baru (november) dan seterusnya..harga cocoa collagen adalah tetap menjadi rm50 setiap satu set (3 kotak) termasuk pos.. berita gembira kan :) bezakan dengan harga asal iaitu rm59.90 (tidak termasuk pos)

sebarang tempahan bolehlah mesej di 0139723467 atau mesej di inbok klik sini


Produk terbaru dan termurah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman.

Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi.

Mengatasi masalah cepat letih, kulit kusam, masalah kesuburan dan dalaman wanita.

Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

HANYA DENGAN SATU SACHET SEHARI SUDAH MEMADAI KEPERLUAN SATU BADAN KITA.. RASAILAH KEHEBATANNYA :- Payudara pejal..montok.. punggung montok.. kulit halus gebu..tumit kaki licin dan halus.. mengurangkan berat badan... awet muda...badan tak letih..cergas



COCOA COLLAGEN POWER PLUS MENGANDUNGI:

Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.


KEBAIKAN DAN KHASIAT:

Membantu mengimbangi hormon
Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
Melambatkan proses penuaan
Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
Mencerahkan kulit secara semulajadi
Memberikan tenaga
Membantu mengurangkan keguguran rambut
Melancarkan peredaran darah dalam badan
Mengimbangi berat badan
Meningkatkan daya penghadaman
Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

sesuai untuk anak dara dan wanita sudah berkahwin



petua membuang angin didalam badan



Assalamualaikum w.b.t. saya pasti ramai dikalangan kita mempunyai masalah ini...termasuk juga saya.kadang2 sampai pening dan sakit kepala yang teramat sangat....saya terjumpa beberapa petua yang ingin saya kongsikan..


Di antara petua yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan angin berlebihan dalam usus ini ialah:

1. Banyak minum air supaya ruang tersebut diganti oleh air bukannya angin.
2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak terdapat dalam pasaran bagi mengeluarkan angin dengan cara kentut dan sendawa besar.

selain itu juga kita boleh memilih
 1) makanan yang berasaskan halia..ada yang mengatakan kacang juga boleh menghilangkan angin didalam badan..tapi bagi saya ianya tidak berkesan kerana menambahkan lagi angin yang ada seterusnya akan sakit kepala yang amat sangat...
2)makan sayuran brokoli, kobis, taugeh, asparagus, bawang
3)pear, epal, pic,bijirin
4)Jus buah
5)produk berasaskan susu dan keju
6)produk yang mengandungi laktus: roti , sos salad

berkesan atau tidak kita serahkan kepada Allah s.w.t... yang pasti kita usaha dulu :) selamat mencuba

kesihatan tidak menentu

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah hari ni dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya. masih mampu untuk bergerak kesana kesini tanpa halangan. Sejak akhir2 ini badan sering sakit2...hendak naik motor pun kena berfikir beberapa kali...sudah mempunyai kerja terpaksa berhenti disebabkan masalah kesihatan...fikir saya bila bekerja dapat meringankan beban suami..bila hidup bersama..biar susah sama2..tapi mungkin Allah mempunyai rencana yang lain untuk saya barangkali.....mungkin keguguran yang berlaku beberapa bulan yang lepas ada kaitan dengan semua ini..mungkin kurang menjaga (pantang).

sekarang apa yang saya tumpukan adalah berjaga2 didalam memilih makanan untuk mengelakkan kesihatan terganggu. 1.Makanan berangin (teh, kacang,nescafe) 2.Gula dan garam 3.Makanan berlemak..

*Ya Allah kurniakan kesihatan yang baik untukku agar mudah untuk beribadat kepadaMu dan membantu suamiku didalam kehidupan seharian..Amin...


Tuesday, October 30, 2012

surat hatiku selepas bergelar isteri

Assalamualaikum w.b.t.. ya saya sudah berkahwin.. :) sudah 9 bulan saya berkahwin... alhamdulillah makin tenang kerana ditemani oleh insan tersayang..  macam2 pahit, manis diharungi sama2..Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat memahami dan semakin kuat keyakinan saya kepada Allah, bahawa tiap yang terjadi pasti ada hikmahnya....saya sentiasa berpegang pada kata2 "berkahwin bukan lah hanya untuk berseronok semata2, tetapi untuk mengharungi cabaran hidup bersama2 dan semakin mendekatkan diri kepada Allah"

Tiap kali dugaan datang cepat2lah istighfar dan mengharungi dugaan itu dengan sebaik2nya.. tiap kali saya ingin mengeluh, cepat2 saya teringat akan janji Allah bahawa Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan itu diluar kemampuan manusia... semakin diduga tandanya Allah amat sayang akan kita... alhamdulillah....

Bersyukur yang amat sangat kerana dianugerahkan suami yang cukup sempurna dimata kasar saya dan di mata hati saya.....mempunyai suami yang pandai memujuk diri ini dikala sedih dengan dugaan yang menimpa membuatkan saya kuat dan cuba mengharungi segalanya dengan redha... saya juga yakin segala2nya akan manis diakhir nanti...

~saya ingin hidup bahagia bersamamu dan bertemumu di Jannah. Pimpinlah daku didunia ini,agar kita sama2 menuju kejalan yang diredhai oleh Allah.. Insyaallah~