Labels

Wednesday, February 13, 2013

cara hilangkan sakit gigi kedua

Assalamualaikum w.b.t.. ada yang kata, letak bawang putih dalam gigi tak busuk ke mulut..hehehehe..

jangan risau kawan2..ada lagi 1 cara...letak garam dalam lubang gigi tu..automatik hilang sakit..dia macam kena bius pun ya..terus hilang sakit..rasa kebas2,,hehehe...itu la cara terbaik bila nak keluar rumah...yela kalau makan bawang kene tutup2 mulut pula kalau nak bersembang dengan orang lain kan :)..

saya sarankan letak terus garam pada lubang gigi tu..sebab kalau kumur2 guna air garam..lidah yang rasa lebih masin tu :D

SeLaMat MeNcUba!

cara hilangkan sakit gigi

Assalamualaikum w.b.t.. ini sambungan dari tajuk yang sebelum ni mengenai gigi saya :D

saya mahu berkongsi 1 petua yang sangat2 mujarab untuk anda semua.. hari ni sakit gigi menyerang dengan mengganas sampai satu kerja pun tak boleh buat... mesej suami, dia suruh saya tumbuk bawang putih..letak dalam lubang gigi saya tu..pada mulanya saya tak nak..yelah..macam mana tu letak bawang dlm gigi..huhuhu..

tapi makin lama makin sakit gigi ni...bersangkut paut dengan gigi lain..dengan telinga..kepala..tak boleh jadi ni..saya pergi dapur, dan tumbuk lah seulas bawang putih..saya ambil sedikit je..letak dalam lubang gigi..zappppp...sakit tu hilang!! wah!! hilang!!! saya sumbat rapat2..penuh dalam lubang gigi tu...memang berkesan lah..jadi sementara tunggu untuk cabut gigi ni...bawang la jadi peneman! BAWANG PUTIH tau! saya biarkan saja dalam lubang gigi tu..kadang2 kacip gigi bagi bawang tu rapat2 :D..

mungkin sbb bawang tu ade sifat pedih sikit2 kot..sebab tu die lawan sakit tu..agaknye la :D


ini antara khasiat lain bawang putih




1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.




pssss:mujur la saya suka makan bawang..tak ada masalah letak bawang banyak2 dalam gigi :D



gigi sakit!

assalamualaikum w.b.t... sambil taip ni, sambil tahan sakit...sakit apa? sakit gigi la...rasa nak mengalir2 air mata ni..tak pernah rasa sakit gigi..selalu dengar orang cakap "sakitnya gigi" siap ada yang minta cuti..dalam hati saya, sakit sangat ke laa sampai nak minta cuti la..tak boleh datang kerja la...tak boleh pergi kelas la..bila dah kena batang hidung sendiri baru tau macam mana rasa!

Alkisahnya gigi ni mula2 berlubang kecik..betul2 kat gigi belakang sekali..lama2 jadi besar!!sangat besar..tak tahu kenapa boleh ada lubang..nak kata tak gosok gigi, gosok aje...wajib gosok gigi!! cara untuk cover lubang tu hanya tampal2..lepas tcabut simen tu..tampal lagi...sampai la satu kali tu tercabut lagi...malas nak tampal...

bermula dari situ..lama2 rasa sakit kalau makan dengan semangatnya..walaupun kunyah benda lembut pun, gigi akan sakit!..tapi itu hanya waktu makan..lepas tu ok balik...tapi lama2...dia akan sakit tiba2...sampai la malam tadi...sakit makin teruk!!sampai ketelinga..ke kepala...Allah je tahu sakitnya.. :(

memang dugaan..nak pegi klinik..tapi cuti tahun baru china..menangis sendiri saja...huhu..malam tadi, suami berusaha jaga saya..itu yang buat saya terharu..dia bancuh air garam untuk redakan sakit gigi ni..dan dodoikan saya dengan bacaan ayat2 al quran.. sejuk hati..walaupun sakit lagi gigi tapi usaha suami tu saya hargai sangat2..memang malam tu sakit reda sikit..dan boleh tidur macam biasa..tapi bila bangun pagi tu...sakit datang mencucuk2 macam tengah berperang dalam mulut saya ni :(

lebih kurang macam ni la rupa saya..huhu..bahkan lagi teruk lagi!! :( 

saya minta suami tumbuk pipi saya.biar tercabut gigi ni.haha..tak pasal2 kan..
rasa nak cabut gigi la ni jugak.. :(

Sunday, February 10, 2013

saya suka bermadu!

Assalamualaikum w.b.t :D. lama juga tak buka blog ni..macam mana dengan tajuk diatas ni??  :)

Jangan marah kalau apa yang saya nak cerita ni tak sama dengan apa yang anda fikir kan..hihihihi..
alkisahnya..saya nak kongsikan kebaikan madu kepada kita.hik3.... madu..alaa..madu lebah tu..

haa ini la madu lebah.. :D

banyak kebaikan madu..dari kecil memang arwah ayah dah buat pemaksaan untuk makan madu ni...kenapa saya ckp pemaksaan??sebab dari kecil saya sangat tak suka manis!! (bila dah besar suka pulak :D) tak kira lah apa jenis makanan yang manis..saya akan jauhkan diri..kurma,kismis,kuih2 manis..saya tolak tepi...:D dah besar, saya makan semua tu..sebab ayah ada keluarkan 1 ayat (siapa tak makan kurma atau madu, dia bodoh..hihi)

tapi sekarang tiap kali saya beli madu..saya tak akan makan macam itu saja..sebab??saya rasa macam dia campur gula dalam madu tu..sampai hati mereka2 tu..kalau jual biar la jujur..sedih tau..kalau kita dapat kencing manis macam mana????dulu pernah saya beli siap ada sarang lebah tu sekali dalam botol tu.. kita pun apa lagi, set dalam minda..wah, original ni.. kita pun makan la hari2...tiap pagi makan...sampai lah ayah saya cuba madu saya tu,..nak tau apa ayah kata?? "ish3...gula ni! rasa gula kuat!" sejak hari tu, memang saya tak makan madu..pasal apa??saya tak pandai bezakan yang original atau pun tak..saya kalau beli, saya buat untuk masakan, sapu ke muka dan sapu ke bibir...itu saja..

macam ni lah.. rupanya..


kalau tak original?? boleh kesapu kemuka?? bibir?? jawapannya mestilah boleh! sebab air gula pun ada khasiat untuk kulit! :D..kalau sapu madu dekat muka, kulit jadi lembut, kalau sapu kat bibir pula, bibir jadi merah sikit :D

ini antara khasiat2 madu lebah :)


A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.





Sunday, November 4, 2012

Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan


Assalamualaikum w.b.t...dikalangan kita tak kira muda atau tua mesti ramai yang ada masalah ni..disini ada sedikit tips2 utk elakkan kita mudah lupa...walaupun ada diantaranya saya masih makan dan sangat suka...antaranya kepala ikan..bawang besar (sangat suka),organ dalaman ayam(sekarang sudah kurangkan kuantiti makan) ok tips2nya adalah:

>Kurangkan makan bawang besar
>Kurangkan makan berempah
>Kurangkan makan ketumbar kering
>Kurangkan menonton hiburan
>Kurangkan membaca majalah hiburan
>Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
>Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
>Kurangkan makan organ dalaman ayam
>Jangan makan kepala ikan
>Jangan minum air yang ada semut
>Jangan tidur selepas subuh
>Jangan tidur selepas asar
>Jangan tidur selepas makan
>Jangan makan terlalu kenyang
>Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
>Jangan menyapu rumah pada waktu malam (erkk...xtau la ape kaitannye kan -,-)
>Jangan makan yang masam-masam berlebihan
>Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
>Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan

>Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
>Selalu makan makanan yang panas-panas
>Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
>Selalu minum air masak
>Selalu makan ulam-ulam
>Selalu mengamalkan pandangan hijau
>Selalu bersenam
>Selalu menggunakan imaginasi otak
>Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
>Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
>Jangan ego
>Jangan dengki pada orang lain
>Jangan makan dari sumber yang tidak halal
>Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
>Jangan makan makanan yang ada pewarna
>Jangan makan makanan yang ada pengawet
>Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
>Jangan mandi selepas 9.00 malam

Saturday, November 3, 2012

maaf,terpaksa curang

Assalamualaikum w.b.t ...sejak sekolah dulu memang pengguna setia safi...sampai la masuk U...bila dah besar sikit mula la nak guna yang mahal sikit..makanya gunalah tia amelia...mmg puas hati..double2 puas hati...tapi lama2 muka teruk...cerah tpi ade masalah sampingan lain..jeragat, tak tahan matahari...lepas tu..guna balik safi..mungkin sebab dah curang dengannya, safi merajuk..muka dah xserasi...berminyak...stop guna safi tapi pakai safi rania...mula2 ok..tapi lama2, baru perasan xok rupanya....jerawat naik dengan mengganas...tak pernah ada jerawat yang suka kt muka ni....rupa2nya ada kulit yang xsesuai dengan emas...

   Start dari situ mula cari vitamin c dan tuka pencuci muka...pakai simplysiti warna hijau :D..bukan utk mencerahkan kulit..lebih kepada utk kesihatan kulit..hehhe..mmg puas hati....sangat2...opsss..ada satu lagi cocoa collagen juga xle tinggal ye.. :).. sekarang lega sikit, sebab keluar pun tak pakai bedak, krim atau ape2...bebas dari bahan kimia muka ni..lagi lah muka ni bersih bila benda asing tak duduk kt muka kita..original itu indah :)
makanya, safi dah letak jauh2...

                                                                              klik sini



dua2 sangat bagus...ambil salah satu saja pun dah ok.. :) yang vitamin saya guna yang 1000mg..jerawat pun xsuke kat kulit kite :D


kalau nak jugak bole la msj kt 0139723467 atau inbok di klik sini









tips hilangkan sakit kepala

Assalamualaikum w.b.t...mesti semua orang pernah sakit kepala kan :) tak kira la sakit kepala sebab stress ke..saje suke2 sakit kepala ke :) disini ada beberepa tips yang boleh sama2 kita amalkan untuk hilangkan sakit kepala :D


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala (yang selalu saya lakukan)
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur (yang saya selalu lakukan)
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. 
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni 

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. 
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. 
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan. 
- Duduk dan luruskan kaki. 
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

seorang nenek pernah bagi petua pada saya, dia kata kalau sakit kepala, tarik nafas..kemudian tunduk sambil pejam mata...katanya udara/darah tak cukup dikepala :D



#yang paling berkesan kalau suami usap kepala semasa kepala sakit, serta merta sakit hilang

Selamat mencuba!