Labels

Wednesday, May 7, 2014

felixia yeap

salam... subhanallah, cantikkan sis felixia ni... saya tertarik apabila felixia ni berminat untuk menutup aurat dan mengenakan hijab walaupun bukan beragama Islam.. Allah... cantik sangat bila sesuatu itu tertutup bukan? :)

serius dulu saya tak kenal, siapa felixia yeap.. selepas sis felixia ni mula2 berjinak untuk mengenal lebih dekat Islam dan mengenakan pakaian yang menutup aurat, baru saya mula mengenal felixia..

saya tertarik bila felixia ditemubual di tv alhijrah, setiap ayat2nya itu memang menusuk2 jiwa..hehe...pandai sis felixia ni menyusun ayat dan menjawab setiap pertanyaan yang diajukan...paling menusuk2 jiwa ni, bila hos bertanya perasaan memakai jubah dan hijab.. dengan pantas felixia menjawab " rasa selamat dan dihormati" :')

kita yang memang dilahirkan sebagai muslim dan muslimat ni adakah sudah jaga semuanya dengan betul? :) bila lihat non muslim begitu berminat dengan agama Islam.. rugilah kita yang memang dilahirkan sebagai Islam tidak hayatinya kan? :)


cantik sangat kan? :)

Monday, May 5, 2014

conteng balik

Salam... uiii..lamanya la x conteng2 kat blog ni....ade cerita best la nak kongsi..tapi next post keh kite cite panjang lebar.....hihi.. mulai hari ni nak conteng blog ni puas2... sebab nak conteng kat fesbuk byk2 org meluat nanti.hehe.. kat blog ni, kita pun puas, org nak baca, xbaca xkesah...sbb sekarang tiba2 gian nak menaip..xtau pasai paaaa... :p


Jumpe next post uolsss ♥

Sunday, February 17, 2013

ayam goreng berempah

Assalamualaikum w.b.t  kali ni kita sama buat ayam goreng berempah pulak! :D hehehee

bahan2
-ayam
-2/3 bawang putih*
-halia*
-3 serai*
-serbuk jintan manis
-serbuk jintan putih
-serbuk kari
-serbuk kunyit
-garam secukup rasa
-minyak menggoreng

cara2
-tumbuk bahan bertanda *
-gaulkan ayam dengan semua bahan diatas kecuali minyak (perap semalaman atau 4 hingga 5 jam)
-goreng!

sedap!!!

tomyam putih

Assalamualaikum w.b.t. kalau anda semua nak tahu, tomyam yang sedap adalah tomyam yang tidak menggunakan perencah!! hehehehe

bahan2
-ayam dipotong kecil
-4 batang serai (saya suka serai banyak) (diketuk)*
-sedikit halia (diketuk)*
-sedikit lengkuas(diketuk)*
-3 ulas bawang putih (diketuk)*
-cili padi 4 atau 5 ( di hiris atau ketuk)*
-bawang merah di potong bulat (mak saya ajar guna bawang merah..orang lain guna bawang besar)
-garam secukup rasa
-3atau 4 daun limau (dikoyak)
-satu biji limau nipis (diambil jus)
-air 3 atau 4 cawan
-bunga kobis
-cendawan
-lobak merah
-1 biji tomato


cara
-masukkan air, dan bahan bertanda *
-masukkan ayam
-nampak ayam macam masak masukkan garam. dan semua sayur
-bila sayur dah agak lembut masukkan tomato.bawang merah, daun limau dan jus limau
-siap!!!


-sedap dimakan bersama nasi panas dan telur dadar!

P/s: anda boleh masukkan makan laut yang lain, sotong atau udang..saya tak boleh makan!!

SUAMI SURUH BUAT TOMYAM HARI2! keh3


kek batik coklat dan cheese ringkas

Assalamualaikum w.b.t  jom try resepi ni..senang dan sedap!!

bahan2
-Setengah tin susu manis
-setengan cawan cream whiping atau setengah cawah susu segar
-setengah cream cheese besar
-milo dan sedikit susu manis (dikacau)
-biskut marie coklat

cara2
-campurkan cream cheese dan setengah tin susu manis..kacau sampai kembang ( sebati)
-masukan cream whiping atau susu segar (jangan sampai bancuhan lembik)
-ambil bekas aturkan biskut marie kemudian ratakan cream cheese yang dibancuh tadi..ulangi secara selang seli..
-atas sekali letakkan bancuhan milo dan susu tadi sebagai topping..

siap!!! (sejukkan semalaman didalam peti)

p/s: anda boleh selang selikan cream cheese dan milo..atau jadikan milo sebagai topping sahaja
anda juga boleh guna biskut marie yang biasa! (bukan coklat)


petua sedapkan cekodok

Assalamualaikum w.b.t  mesti ada yang ketawakan..cekodok pun nak tulis...haa..ketawa la puas2.hahahaha..  saya nak bagitahu walaupun semua dah tahu...letak nasi dalam bancuhan cekodok adalah salah satu sebab kenapa cekodok tu sedap!!!tak percaya?? cuba lah buat!!nyummm2! sangat sedap..lembut..berkrim..


nasi goreng simple!

Assalamualaikum w.b.t saya punya resepi nasi goreng ni adalah turun temurun dari mak saya..hihihisangat senang..kalau saya cakap mesti korang tak percaya, bahannya itu saja!!hehe

bahan2nya adalah

-1 labu bawang putih*
-beberapa (3,4) cili padi*
-garam secukup rasa*
-telur 2 biji (goreng hancur)
-minyak
-nasi

tumbuk semua bahan diatas yang bertanda * tumis sampai naik bau dan masukkan nasi..dan masukkan telur siap!!! senangkan!!tapi rasa dia sangat sedap..


saya tambah sedikit resepi diatas

saya tambah ikan bilis dan cili kisar

-tumbuk bahan bertanda diatas dengan sedikit ikan bilis..

-tumis bahan yang ditumbuk..masukkan cili kisar tumis lama sikit (tapi jangan lama sangat)

-masukkan nasi, gaul2

-masukkan ikan bilis yang dah digoreng..gaul2..


(saya tak masukkan telur..kalau guna ikan bilis, biar ikan bilis saja..)