Labels

Sunday, February 17, 2013

ayam goreng berempah

Assalamualaikum w.b.t  kali ni kita sama buat ayam goreng berempah pulak! :D hehehee

bahan2
-ayam
-2/3 bawang putih*
-halia*
-3 serai*
-serbuk jintan manis
-serbuk jintan putih
-serbuk kari
-serbuk kunyit
-garam secukup rasa
-minyak menggoreng

cara2
-tumbuk bahan bertanda *
-gaulkan ayam dengan semua bahan diatas kecuali minyak (perap semalaman atau 4 hingga 5 jam)
-goreng!

sedap!!!

tomyam putih

Assalamualaikum w.b.t. kalau anda semua nak tahu, tomyam yang sedap adalah tomyam yang tidak menggunakan perencah!! hehehehe

bahan2
-ayam dipotong kecil
-4 batang serai (saya suka serai banyak) (diketuk)*
-sedikit halia (diketuk)*
-sedikit lengkuas(diketuk)*
-3 ulas bawang putih (diketuk)*
-cili padi 4 atau 5 ( di hiris atau ketuk)*
-bawang merah di potong bulat (mak saya ajar guna bawang merah..orang lain guna bawang besar)
-garam secukup rasa
-3atau 4 daun limau (dikoyak)
-satu biji limau nipis (diambil jus)
-air 3 atau 4 cawan
-bunga kobis
-cendawan
-lobak merah
-1 biji tomato


cara
-masukkan air, dan bahan bertanda *
-masukkan ayam
-nampak ayam macam masak masukkan garam. dan semua sayur
-bila sayur dah agak lembut masukkan tomato.bawang merah, daun limau dan jus limau
-siap!!!


-sedap dimakan bersama nasi panas dan telur dadar!

P/s: anda boleh masukkan makan laut yang lain, sotong atau udang..saya tak boleh makan!!

SUAMI SURUH BUAT TOMYAM HARI2! keh3


kek batik coklat dan cheese ringkas

Assalamualaikum w.b.t  jom try resepi ni..senang dan sedap!!

bahan2
-Setengah tin susu manis
-setengan cawan cream whiping atau setengah cawah susu segar
-setengah cream cheese besar
-milo dan sedikit susu manis (dikacau)
-biskut marie coklat

cara2
-campurkan cream cheese dan setengah tin susu manis..kacau sampai kembang ( sebati)
-masukan cream whiping atau susu segar (jangan sampai bancuhan lembik)
-ambil bekas aturkan biskut marie kemudian ratakan cream cheese yang dibancuh tadi..ulangi secara selang seli..
-atas sekali letakkan bancuhan milo dan susu tadi sebagai topping..

siap!!! (sejukkan semalaman didalam peti)

p/s: anda boleh selang selikan cream cheese dan milo..atau jadikan milo sebagai topping sahaja
anda juga boleh guna biskut marie yang biasa! (bukan coklat)


petua sedapkan cekodok

Assalamualaikum w.b.t  mesti ada yang ketawakan..cekodok pun nak tulis...haa..ketawa la puas2.hahahaha..  saya nak bagitahu walaupun semua dah tahu...letak nasi dalam bancuhan cekodok adalah salah satu sebab kenapa cekodok tu sedap!!!tak percaya?? cuba lah buat!!nyummm2! sangat sedap..lembut..berkrim..


nasi goreng simple!

Assalamualaikum w.b.t saya punya resepi nasi goreng ni adalah turun temurun dari mak saya..hihihisangat senang..kalau saya cakap mesti korang tak percaya, bahannya itu saja!!hehe

bahan2nya adalah

-1 labu bawang putih*
-beberapa (3,4) cili padi*
-garam secukup rasa*
-telur 2 biji (goreng hancur)
-minyak
-nasi

tumbuk semua bahan diatas yang bertanda * tumis sampai naik bau dan masukkan nasi..dan masukkan telur siap!!! senangkan!!tapi rasa dia sangat sedap..


saya tambah sedikit resepi diatas

saya tambah ikan bilis dan cili kisar

-tumbuk bahan bertanda diatas dengan sedikit ikan bilis..

-tumis bahan yang ditumbuk..masukkan cili kisar tumis lama sikit (tapi jangan lama sangat)

-masukkan nasi, gaul2

-masukkan ikan bilis yang dah digoreng..gaul2..


(saya tak masukkan telur..kalau guna ikan bilis, biar ikan bilis saja..)

ayam madu ala saya

assalamualaikum w.b.t  suami saya suka sangat ayam madu..maka saya pun buat lah untuk suami saya.. orang kata nak pikat suami, pikat peutnya betul tak? heehehe (eh ni ruangan memasak ke ruangan petua pikat suami!)

seperti biasa saya akan masak guna bahan yang ada di dapur saja! :D

ok ini resepi ayam madu!

bahan perap
-sedikit halia (saya kan memang suka halia!)*
-2 batang serai, 1 batang pun boleh..tengok ayam banyak mana*
-madu secukup rasa (saya tuang dengan semangatnya..hihi)
-3 ulas bawang putih* (tengok ayam banyak mana)
-2 sudu cili kisar
-1 sudu sos tiram
-serbuk kunyit

 tumbuk bahan bertanda *

-ayam beberapa ketul
-minyak sikit

cara2nya
- gaulkan semua bahan yang ditumbuk pada ayam..
-masukkan madu, ratakan (gaul)
-masuk serbuk kunyit (gaul)

perap semalaman untuk rasa yang kuat dan sedap..kalau tak tahan sangat, 4,5 jam dah boleh bakar
-kemudian boleh bakar!! (saya bakar dekat kuali pembakar je..)letak sikit minyak dekat kuali tu..
-sambil bakar saya sapu lagi madu dan tuang semua air lebihan perapan tadi..sambil balik ayam saya letak madu..


hasilnya!!suami suka!!!sampai tak cukup ayam tu!!hihihi


sori gambar tak ada... :D tak boleh upload gambar dalam tab.sedih..sob..sob..

masak tauhu lembut mudah

assalamualaikum w.b.t ..hehehe...saya peminat tauhu lembut! kalau pergi kedai makan, nampuak tauhu lembut, mesti ambil.. sedap sangat!!

saya suka masak sesuka hati, jangan jadikan alasan barang tak ada tak boleh masak ye! guna saja bahan apa yang ada, kalau tak ada tak payah masukkan..hehe..itu perangai saya ..

ok kat sini ada resepi dia (saya campak2 je apa yang ada kat dapur, kalau tak ada bahan, tak payah la masuk..hihi)

*untuk 2 orang makan*

-2/3 ulas bawang putih :di potong
-1 bawang merah : di potong
-sedikit halia

-1 batang kayu manis
-minyak : untuk menumis

-tauhu lembut dua ketul
-sayur kobis :ikut suka banyak mana
-lobak merah ikut suka banyak mana
-sos tiram 2,3 sudu (dibancuh dengan lada sulah)


ok jom kite start masak!

mula2..panaskan minyak tu...masukkan bawang putih bawang merah, halia dan kayu manis...tumis sampai naik bau.. saya memang suka letak bawang merah dan halia dalam mana2 masakan saya..hihihihi...lagi banyak lagi suka! ikut selera masing-masing ye..

masukkan air bancuhan sos tiram dan lada sulah tadi..bancuh dengan air suam lagi baik..tapi air sejuk pun tak pe :D..


saya punya sos tiram habis .ketuk2 dapat sikit je..tu yang warna pudar je...hihihi...tapi saya lebihkan sikit lada sulah..jadi dah ok rasa die :)

masukkan sayur-sayur tadi... kalau nak kuah lebih boleh bubuh air lagi...saya tak bubuh garam dan gula..sebab dah cukup rasa semua! manis dari sayur tu dan masin dari sos tiram dah cukup..


ok siap!! tapi saya masak lama sikit..nak bagi lobak lembut..suami tak suka lobak keras..hehe :D

 cuba lah!! mesti terangkat! :D

p/s: ikut suka nak letak pak aji ke, secubit rasa ke.. ok! :)



ini contoh tauhu lembut (tapi saya guna yang lain)

sori sebab xdapat masukkan gambar hasil masakan saya, gambar dalam tab, nak upload tak boleh...